Monday, March 23, 2009

Program Pendidikan Biodiversiti 2009

Cuti persekolah penggal pertama saya yang baru-baru ini tidak lah seperti hari-hari cuti persekolahan yang sebelum ini. Pada 19 hingga 22 hari bulan Mac 2009, rakan-rakan saya, Jeffry, Tan, Kheswin dan juga saya telah menyertai program pendidikan biodiversiti bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Selangor sebagai wakil Kelab Pencinta Alam, Sek. Men. Keb. Seksyen 9, Shah Alam.

Perkhemahan 4 hari 3 malam ini bertempat di sebuah tasik yang termasyhur di Malaysia yang terletak di Pahang, iaitu Tapak RAMSAR Tasek Bera. Tasek Bera merupakan sistem tasik air tawar semula jadi yang terletak di barat daya Pahang, Malaysia. Tasik ini terletak di pelana banjaran gunung utama dan timur di Semenanjung Malaysia dan merupakan sumber Sungai Pahang.

Semasa di sana, ami berasa sungguh seronok. Harus saya akui bahawa inilah pengalaman perkhemahan saya yang terbaik setakat ini. Antara aktiviti-aktiviti menarik yang telah kami jalankan ialah pemerhatian burung, rintis hutan, permainan rimba dan kami juga berpeluang berkayak di tasik yang indah itu.

Kami juga telah ditayangkan dengan tayangan video jabatan yang menerangkan tentang apa itu Tapak RAMSAR dan kepentingannya. "RAMSAR" bermaksud Senarai Tanah Lembap Ramsar yang dipersetujui melalui ‘Konvensyen Tanah Lembap’ yang diadakan di Ramsar, Iran pada tahun 1971. Terdapatnya 147 ahli konvensyen dengan 1524 tapak tanah lembap yang berjumlah 129.2 juta hektar dalam senarai Ramsar. Tasek Bera merupakan tapak Ramsar yang pertama di Malaysia.

Di sini, ingin saya kongsikan bersama anda kepentingan paya gambut (peat swamp). Hutan paya gambut boleh bertindak sebagai :
  • Sumber bekalan air
  • Takungan air di bawah tanah
  • Kawalan banjir
  • Penghalang ribut
  • Kawalan hakisan pantai
  • Penambat sendimen dan nutrien
  • Penyerap karbon
  • Penjanaan hidro elektrik
  • Pemuliharaan
  • Penyelidikan dan pendidikan
  • Rekreasi dan pelancongan
  • Budaya

Tasik Bera merupakan sebidang tapak Ramsar yang mustahak kerana persekitaran gambut air tawarnya yang mengandungi pelbagai flora dan fauna. Kami juga telah berpeluang untuk melawat Kampung Pathir di mana tinggalnya orang asli kaum Semelai. Orang asli Semelai tinggal di kawasan ini dan meneruskan cara kehidupan tradisionalnya melalui pemburuan, penangkapan ikan dan penggunaan sumber persekitaran semula jadi.


Penghargaan:
Teacher Ernice (SMK Taman SEA), En. Muhamad Rizal Abdul Rahim (Penolong Pengarah Unit Pengurusan Tapak Ramsar, Tasek Bera),
Cik Norensai Mat, En. Bahari Ahmad, En. Nizam Jantan, En. Fairus Izwan a.k.a. En. Syukrie, En. Azlan Mohd Zain, En. Muzzamir Salin, dan juga Mr. Stem.

Salam rimba,
-Siti Hani Ahmad Zuraidi-

5 comments:

fawghah said...

Nice!! apa kata after SPM kita pegi taman negara hani???? or maybe gunung kinabalu? hehehehe...

hani_n_mak said...

kenapa kena tunggu after SPM??? haha. ;p

hani_n_mak said...

oh, mak ckp mak nak ikut pergi gunung kinabalu... kita pergi 3 org jom!!! hehehe.

fawghah said...

kenapa kena tunggu after SPM??? so that kita boleh 'melompat-lompat' up there!!! hahahahaha

mak ckp nak ikut pergi gunung kinabalu?? hmm... ok JOM!! hehehe...

geng tasek bera said...

thanks pasal citer tentang tasek kt sini..